Friday, 30 November 2012
Wednesday, 21 November 2012
Saturday, 28 April 2012
IKAN HIASAN
Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara dalam akuarium atau kolam hiasan. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.
Bahagian Luar Ikan Hiasan
Ikan hiasan mempunyai beberapa bahagian luar yang tertentu. Antaranya ialah mulut, mata, sisik, sirip, ekor dan penutup insang
Terdapat pelbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh kita pelihara. Ikan hiasan tersebut boleh hidup di dalam air tawar atau air masin. Beberapa spesies ikan hiasan tropika adalah ikan emas, ikan pelaga, ikan tiger barb dan ikan guppy.
Ikan Emas |
Ikan Pelaga |
Tiger Barb |
Ikan Gapi |
Ikan Koi |
Tujuan Pemeliharaan Ikan Hiasan
Ikan hiasan dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Pemeliharaan ikan hiasan juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik.
- Mengindahkan ruang tempat kediaman dan tempat kerja.
- Sebagai hobi di masa lapang.
- Menambah pengetahuan berkaitan hidupan akuatik.
- Memberikan ketenangan.
- Sebagai sumber pendapatan.
- Menghayati alam akuatik.
Setiap ikan hiasan mempunyai beberapa ciri istimewa bagi membezakan setiap ikan hiasan yang dipelihara. Antara ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan ialah dari segi warna, sisik, saiz, cara makan dan cara pembiakan.
INFO MENARIK | WARNA yang berbeza menjadikan ikan hiasan lebih menjantina sesetengah arik. Bahkan menerusi warna juga membolehkan kita membezakan jenis ikan hiasan.
Angelfish
Warna: Putih keperakan, kebiruan, dan berbelang hitam
Asal: Amerika Selatan
Makanan: Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecil
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 15 cm panjang
Ikan Emas
Warna: Keemasan, keputihan, kemerahan
Asal: China
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 12 cm panjang
Ikan Pelaga
Warna: Biru kehitaman dan kemerahan
Asal: Thailand
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 6 cm panjang
Ikan Guppy
Warna: Kemerahan, putih keperakan, keemasan
Asal: Trinidad
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 3 cm panjang
Ikan Koi
Warna: Putih bertompok merah, bertompok hitam
Asal: Jepun
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 25 cm panjang
Labels:
Nota
Subscribe to:
Posts (Atom)