Saturday 28 April 2012

IKAN HIASAN

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara dalam akuarium atau kolam hiasan. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.

Bahagian Luar Ikan Hiasan
Ikan hiasan mempunyai beberapa bahagian luar yang tertentu. Antaranya ialah mulut, mata, sisik, sirip, ekor dan penutup insang





Spesies Ikan Hiasan Tropika
Terdapat pelbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh kita pelihara. Ikan hiasan tersebut boleh hidup di dalam air tawar atau air masin. Beberapa spesies ikan hiasan tropika adalah ikan emas, ikan pelaga, ikan tiger barb dan ikan guppy.

Ikan Emas










Ikan Pelaga












Tiger Barb










Ikan Gapi










Ikan Koi













Tujuan Pemeliharaan Ikan Hiasan
Ikan hiasan dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Pemeliharaan ikan hiasan juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik.
  • Mengindahkan ruang tempat kediaman dan tempat kerja.
  • Sebagai hobi di masa lapang.
  • Menambah pengetahuan berkaitan hidupan akuatik.
  • Memberikan ketenangan.
  • Sebagai sumber pendapatan.
  • Menghayati alam akuatik.
Ciri-ciri Istimewa Ikan Hiasan
Setiap ikan hiasan mempunyai beberapa ciri istimewa bagi membezakan setiap ikan hiasan yang dipelihara. Antara ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan ialah dari segi warna, sisik, saiz, cara makan dan cara pembiakan.


INFO MENARIK | WARNA yang berbeza menjadikan ikan hiasan lebih menjantina sesetengah arik. Bahkan menerusi warna juga membolehkan kita membezakan jenis ikan hiasan.


Angelfish


Warna: Putih keperakan, kebiruan, dan berbelang hitam
Asal: Amerika Selatan
Makanan: Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecil
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 15 cm panjang

Ikan Emas


Warna: Keemasan, keputihan, kemerahan
Asal: China
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 12 cm panjang

Ikan Pelaga

Warna: Biru kehitaman dan kemerahan
Asal: Thailand
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 6 cm panjang

Ikan Guppy

Warna: Kemerahan, putih keperakan, keemasan
Asal: Trinidad
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 3 cm panjang

Ikan Koi


Warna: Putih bertompok merah, bertompok hitam
Asal: Jepun
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur
Saiz maksimum: 25 cm panjang

0 comments:

Apa Itu Ikan Hiasan |

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam akuarium atau kolam biasa sebagai hobi menarik dan menghiburkan.

Tahukah Anda |

ICHTHYOLOGI adalah ilmu yang berkaitan mempelajari ikan dan ilmu ini termasuk dalam salah satu cabang biologi.

Ahli Kumpulan

Kamal Bahari Bin Ismail (PPG/11332/12)
Maimun Binti Yusoff (PPG/11339/12)
Faridah Binti Mohd Noor (PPG/11313/12)
Sabariah Binti Muhamad (PPG/11462/12)
Siti Aminah Binti Muhammed (PPG/11471/12)


Pensyarah:
Dr. Azidah Binti Abu Ziden







World Best Counters

GEOCOUNTER

Blogger Gadgets

MODULE ONLINE (KPD3016)

:: KEMAHIRAN HIDUP ::

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP